pappa roti/mexican bun
amaran ini bukan belog jalan-jalan cari makan atau pappa roti.ini belog ROJAK.HEHE
roti ini dimasak tukang masak amatur |
time dating kat jusco xkan xpernah singgah kt pappa roti?atau time ramai2 student utm serbu jusco bile ade SALE xkan xpernah tersinggah kt pappa roti area2 pizza hut dgn kfc?
ini favorite family ni. klu
ape kate arini kite buat pappa roti???
dah pandai t bleh buat ari2 bleh makan banyak2.save RM1.80(klu xsalah hargenye)
jejom terjah dapur corner
kite perlukan :
Bahan Inti:
200 gm mentega
1/2 sudu teh esen vanilla
70 gm gula perang(kin guna gula melaka)
Cara membuatnya:
Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen dan gula perang. Pukul lagi hingga sebati. Simpan dalam peti ais hingga sedia digunakan.
Topping: -(kin gune saperuh dari sukatan dibawah ni,sbb kehabisan mentega.HEHE)
100gm mentega
80 gm gula icing
2 biji telur gred B(kin gune telur biase je)
1 sudu besar nescafe dicampur 1/2 sudu besar air panas
100 gm tepung gandum
Cara membuatnya:
Putar mentega dengan mixer pada kelajuan sederhanan selama 5 minit. Perlahan-lahan masukkan telur, gula icing dan kopi segera. Ayakkan tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. simpan dalam peti ais sehingga sedia untuk digunakan.
Doh Roti
500 gm tepung berprotein tinggi (tepung roti)- diayak
1 sudu kecil bread improver + 1 sudu kecil bread softener (optional)
20 gm susu tepung
75 gm gula kastor
3 sudu teh yis kering
1 sudu teh garam
1 biji telur dipukul
250 ml air/ susu segar (jangan guna susu tepung jika guna susu segar)
60 gm mentega
Cara membuatnya:
1. Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk. Masukkan yis, bread improver dan softener (jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
2. Masukkan telur dan air/ susu segar.
3. Uli adunan sehingga menjadi doh.Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh kenyal dan tidak melekat di tangan selama 10- 15 minit.
4. Bahagikan doh kepada 17/ 18 bola kecil sebesar bola golf dan tutup dengan 'cling wrap' selama 10 minit.
5. Leperkan doh di atas tapak tangan dan isikan 2 sudu teh inti. Tutup seperti membuat pau, agar inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar. (senang dibuat sewaktu inti masih beku)
6. Susun di atas loyang pembakar yang telah dilenser dengan mentega.
7. Rehatkan selama 45 minit di tempat agak panas
8. Sementara tu, keluarkan topping dari peti ais dan masukkan dalam piping bag.kin masukn dlm plastik je pastu tebuk lubang) Selepas 45 minit, paipkan topping di atas bun secara spiral bermula dari top centre.
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit atau bun keperangan. (letakkan loyang di tengah oven agar bun masak sempurna)
dapat 2 loyang segi empat 1 loyang bulat |
sumber : k.An
hahahaha nk ketawa tgk pic yg sblm masak tu...ngeee~
BalasPadam@heart~HEHE...mmg cm 2 la b4 masak.bile dh masak topping de cair.yg penting SEDAP!!!
BalasPadamnampak sedap..=)
BalasPadam@ZACK ENTRY
BalasPadamyup...mmg sedap smpai ade request buat lagi...HUHU
nak sikit...
BalasPadam@ejum boleh2...tp kene tunggu lain kali la.HEHE
BalasPadam