• 10 sebab mengapa kin guna twitter

    nape kin suke tweet?eh ingat burung je leh tweet? kin pon nk tweet gak.HEHE.

  • Website shopping online shawl hot !!!(updated)

    kita kene jadi pengguna yg bijak memilih barang xgitu? bndinkan harga, kualiti...so, kin xde la nk bg tips beli shawl sbb kin taw korg2 kt luar sana lagi handal pilih shawl dan lg bergaya tambah hot super cantik la.

  • WEBSITE DOWNLOAD MOVIE HOT!!!(update 3NOV)

    sementelaah kin sedang bermaraton muvie week ni(kin tw korg pon bgtu an jgn malu2 terus terng saja...kah3)..kin nk sharekan page yg dah byk berjasa pada kin.

  • surat untuk awak...

    lepas tgk video fan hanis zalika. wow!sweet gile kalau ade peminat fanatik camni! tp kin ni sapelah xseperti hanis. i just can be my self.titik cam gurl len, xlengkaplah manusia klu xde perasaan an. hehe. klau lah boleh bgtw 'die' yg kin admire die.hmm... kin xlah seberani aziz hazmi kin hanya boleh post kat cini...

Friday, October 28, 2011

SEMANIS CORNETTO STRAWBERRY [2]

































"telah ku berikan hatiku padamu.
jika kau pergi jauh,
bagai mana aku mampu hidup tanpa hatiku?"
 ~sakinhani

pic: nhuthanh.devianart.com

........................................................................................................................

abang, mintak kunci kereta bleh?” pinta aina pada suaminya dengan penuh manja bagai anak kecil….

eh, aina nk buat apa?” Tanya fakhri kehairanan. Jarang isterinya drive.

hari ni biar aina drive! abang tak payahlah risau, aina kat sebelah abang jek!” memang betul. Tak ada apa yang perlu dirisaukan. Walau aina jarang drive, hakikatnya aina ada lesen memandu, cuma jarang drive kerana sering kali sesat tak ingat jalan.

Mereka pun bergerak keluar dari rumah seawal 10 pagi dengan niat nak pergi dating bersama. Mana tidaknya, selama sebulan mereka berkahwin, mereka belum pernah berbulan madu. Keluar berjalan pun ketika ada masa lapang sahaja. Bila ada peluang, mereka akan meluangkan masa dengan sebaiknya bersama seperti hari ini.

ok, dah sampai!” aina bersorak keriangan. Fakhri tidak memberi apa-apa respon sebaliknya di wajahnya kini menggambarkan seribu tanda tanya.

aina, betul ke aina tak salah jalan ni? kita pergi dating semata-mata nak pergi shopping complex ke?” soal fakhri mengharapkan kepastian.

abang tak mimpi sekarang ni. Takpe hari ni abang ikut je aina nak gi mana! Aina yang akan bawa abang gi jalan-jalan. Kira macam aina ni tour guide abang lah! Free of charge lagi tuh!” terang aina.

tak nak! Abang nak aina jadi isteri abang je. Tak payah jadi yang lain. Itu pun dah cukup bahagia! hehe” omel fakhri.

ok lah suamiku sayang. Hari ni isterimu, aina nak bawa abang pergi jalan-jalan makan angin. Jomlah abang, ada banyak lagi tempat aina nak bawa abang ni! Ni je peluang yang ada. Nanti tak sempat plak, cuti abang sehari je ni” aina terus menarik lengan fakhri memasuki ruang legar shopping kompleks, The City yang terletak ditengah-tengah bandar. fakhri tiada pilihan lain selain mengikut kehendak isterinya itu. kan dah janji....

Setelah selesai aina shopping barang yang dihajati. Mereka pun terus pakai. pakai?....
~pic google~
~nota penulis; ini hanya gambaran.~ 
....tukar pakaian dgn baju ini. haha...suwitt!!!! WE JUST MARRIED!! tp hakikatnya sudah hampir sebulan mereka berkahwin....kemudian mereka mengatur langkah ke panggung wayang, memilih satu cerita yg tengah popular ketika itu, HARRY POTTER, The deadly horror....lebih kurang 2 jam setengah kemudian, mereka keluar setelah cerita tersebut tamat.

jam sudah menunjukkan jam 1 tengah hari. manusia semakin ramai memenuhi ruangan shopping kompleks tersebut, mencari tempat yang sesuai untuk mereka memenuhi tuntutan perut yang telah bernyanyi minta diisi.

"aina tnggu sini sekejap boleh? abang nak ke toilet, bnyak sangat minum air tadi dalam panggung wayang, sejuk lagi tu. aina tunggu sekejap taw jangan ke mana-mana" tanpa menunggu, fakhri terus bergegas ke tempat yang dihajati.

20 minit kemudian.

"eh, mana aina ni? hanphone off plak" monolog fakhri dalam hati sambil melilau mencari kelibat aina disekeliling tempat terakhir fakhri bersama aina itu tadi. 

30 minit kemudian....

fakhri semakin resah, ke hulu ke hilir sambil mendail hanphone ditangan berkali-kali mengharapkan jawapan segera. semua orang telah ditanya akan kelibat aina tapi tak seorang pon yang tahu di mana aina berada. manakan tidak, orangnya bersilih ganti. tambahan, selalunya orang jarang mengambil peduli hal orang lain lebih-lebih lagi orang yang tak dikenali.

"aina....aina kat mana? kenapa tak angkat call abang?" omel fakhri dalam hati. di hatinya terdetik perkara-perkara yang mungkin berlaku. skarang zaman dah maju, jenayah pun ikut rentak kemajuannya juga. banyak kes-kes culik, rompak, rogol, bunuh , bakar complete satu pakej. dan kebanyakkannya berlaku pada perempuan...... 

ya Allah, lindungilah aina walau dimana pun dia berada! izinkanlah aku bertemu dengan aina.....

0 111 dah komen, awk bila lagi?:

Post a Comment

selamat tahun baru!!! tinggalkan msg....nnt kin reply k....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...