Pilihan jubah dress untuk muslimah
Dunia fesyen muslimah semakin berkembang pesat terutamanya di Malaysia. Tak susah untuk mencari pakaian dan juga shawl yang menutup aurat dengan sempurna disamping menawarkan pelbagai pilihan corak dan warna yang menarik. Permintaan terhadap fesyen muslimah adalah tinggi dan semakin meningkat dari hari ke hari. Kita tak ada alasan lagi untuk tidak berpakaian sopan dan tak menutup aurat!
Jubah dress pilihan kebanyakkan muslimah
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jubah dress dilihat semakin mendapat tempat dihati penggemar fesyen muslimah. Pelbagai butik offline dan online menawarkan jubah dress dan bonusnya mereka mereka jubah dress dengan ciri-ciri jubah 'nursing' dan 'wuduk easy' untuk kemudahan ibu-ibu menyusu dan pengambilan wuduk. Ternyata SakinHani (SH) pon terpikat dengan jubah dress ini kerana selain boleh dijadikan dress ia juga memudahkan urusan harian kita dengan memudahkan pengambilan wuduk.
Jubah dress kesukaan SH |
Awas! tak semua jubah dress ni syariah compliance sebenarnya. Kita mesti pandai pilih berdasarkan kepada beberapa faktor seperti tahap kejarangan, potongan jubah juga pemerian kain.
SH tidak berapa suka memilih kain yang memeri seperti lycra. Kain memeri seperti ini akan membuatkan bentuk tubuh badan kita lebih 'menonjol' dan ini yang cuba SH elakkan.
Jubah dress yang tidak menampakkan bentuk badan |
Jubah yang jarang kita perlu pakai selapis lagi di dalam. Ini tidak dapat dielakkan kerana kebanyakkan fesyen muslimah di Malaysia sedikit jarang disesuaikan dengan iklim di kawasan ini yang sedikit panas. Jadi, ianya perlu dipadankan dengan inner.
Potongan jubah juga penting bagi memastikan jubah itu tidak kelihatan seksi. Jikalau tidak, lenyaplah fungsi jubah itu sendiri iaitu untuk kelihatan sopan dan tidak menampakkan bentuk badan.
Banyak sebenarnya pilihan jubah dress yang ada dengan warna dan rekaan yang menarik tetapi masih menutup aurat. Atas kita hendak memilih jubah yang bagaimana mengikut citarasa masing-masing disamping menjaga syariah compliance!
0 111 dah komen, awk bila lagi? :
Catat Ulasan
komen dari akaun google plus korang SH boleh baca tapi orang lain xboleh baca. ada problem dgn google+ comment, so tak boleh nak aktifkan,
Sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sendiri. SakinHani tidak akan bertanggunjawab terhadap komen yang ditinggalkan.
SakinHani juga berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini seperti:
>Komen yang disifatkan sebagai spam
>Komen tidak senonoh
>Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
>Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
>Komen yang berbaur perkauman