Isnin, 24 Februari 2014

Bekerja lebih masa; normal atau tidak normal?




Bekerja lebih masa menjadi satu gaya hidup masa kini di sektor-sektor swasta dan ia adalah satu budaya yang kurang sihat. Ia bukan sahaja menunjukkan bahawa projek management yang kurang bagus malah ia boleh membawa kepada kehidupan yang tidak seimbang seperti : 

1. kurang rehat dan tidur
2. gaya pemakanan yang tidak menentu
3. kurang perhatian kepada keluarga
4. stress



"Nearly 70 percent spend two to five hours working beyond their official work hours every day" - Jobstreet
Sumber daripada Jobstreet mengatakan 70 peratus daripada rakyat malaysia bekerja lebih masa, dua hingga lima jam setiap hari.

Senario kes terburuk adalah apabila bekerja melebihi lima jam :
- Katakanlah waktu bekerja dari pukul 8pagi - 5ptg, bermakna lima jam melebihi waktu kerja biasa adalah bekerja sehingga pukul 11 malam!
- Katakanlah waktu bekerja dari pukul 9pagi - 6ptg, bermakna lima jam melebihi waktu kerja biasa adalah bekerja sehingga pukul 12 malam!

Bagaimana mereka ini boleh bekerja dengan begitu sekali?

Balik rumah pun anak dan bini/laki sudah tidur. Bangun pagi mereka sudah pergi kerja/sekolah semula. Kurangnya interaksi bersama keluarga akan menyebabkan banyak lagi masalah yang akan timbul dalam sesebuah institusi kekeluargaan dek kerana kurangnya perhatian yang diberikan.

Daripada segi pengurusan projek pula, jika kerja dilakukan melebihi waktu bekerja menunjukkan bahawa kelemahan dalam pengurusan masa. Kerja yang dirancang tidak mengikut garismasa atau jadual. Ini juga menunjukkan kelemahan dalam mengurus resource/pekerja. Dengan segala kelemahan yang berlaku, dari segi mata kasar mungkin akan kelihatan projek itu berjaya tetapi sebenarnya berlaku pembaziran dari segi bayaran kerja lebih masa dan suasana untuk bekerja juga semakin tidak memberangsangkan kerana kepenatan setelah bekerja seharian melebihi masa yang sepatutnya.

Jika masih single, bekerja seharian dan kurang rehat akan mengakibatkan keletihan dan kurang bermaya. Jika ini berterusan akan mengakibatkan kemurungan. Suasana bekerja menjadi semakin tidak bersemangat tambahan lagi bekerja bersama bos yang tidak tahu menghargai penat lelah pekerjanya. Motivasi diri semakin berkurang dari hari ke hari. Lama-kelamaan kerja jadi tidak seronok dan pelbagai perkara berbangkit berlaku.

p/s: Peningkatan kekerapan penukaran pekerja juga sudah cukup menunjukkan bahawa pengurusan projek dan kebajikan pekerja adalah teruk.

0 111 dah komen, awk bila lagi? :

Catat Ulasan

komen dari akaun google plus korang SH boleh baca tapi orang lain xboleh baca. ada problem dgn google+ comment, so tak boleh nak aktifkan,

Sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sendiri. SakinHani tidak akan bertanggunjawab terhadap komen yang ditinggalkan.

SakinHani juga berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini seperti:
>Komen yang disifatkan sebagai spam
>Komen tidak senonoh
>Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
>Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
>Komen yang berbaur perkauman