Jumaat, 27 Jun 2014

Tip elak kene ragut di kereta | Sakinhani





RAGUT. Macam selalu dengar kan? Beg kene ragut dlm kereta semasa parking atau semasa balik kerje, kereta kene curi masa nak pergi kedai, kereta kene pecah dan mcm2 lagi la.

Kin ambil berat masalah ni terutamanya bila melibatkan perempuan. Lelaki xpe ada kekuatan nak lawan peragut. Kita sebagai perempuan, isteri, ibu dan nenek, mostly mmg xde kekuatan utk melawan apatah lagi menangkap mereka. Kalau kita punya skill taekwando atau silat itu sudah bagus.

Bagaimana pula perempuan yg mmg xde skill tuk pertahankan diri? Jadi di sini la kite perlu gunakan akal fikiran. Mencegah adalah lebih baik sebelum sesuatu yg tak diingini terjadi.



Bagaimana menghindari dari diragut di kereta?

Rule No.#

1. Kunci pintu setiap masa dan setiap kali selepas masuk dan keluar kenderaan.

Amalkan SETIAP MASA jangan terlupa walau sesaat! Selain daripada kita sendiri yg amalkan kita juga perlu saling ingat-mengingati antara satu sama lain terutama kepada ahli keluarga dan anak-anak. Amalan yg sentiasa kelurga kin amalkan, katakan si ayah yg memandu. Ayah berhenti berhenti sebentar di depan kedai. Ayah akan mengingatkan si anak untuk mengunci semua pintu dengan menekan butang utama di bahagian pemandu. Tunggu sehingga si anak tekan butang kunci tersebut untuk memastikan semua selamat. Nah senang bukan!

Perhatian! Pesan juga pada anak supaya tidak membuka pintu untuk orang yg tak dikenali! Pintu hanya akan unlock apabila si ayah sudah selesai dan bersedia untuk masuk kembali. Cara begitu hanya sesuai untuk kanak-kanak yg memahami arahan yg diberikan oleh si ayah.

Bagaimana dengan kanak-kanak yg masih perlu bimbingan yang tidak boleh ditinggalkan tanpa kawalan?
Jangan sesekali tinggalkan anak dalam kereta! Ditakuti diusik apa2 berjalan plak kereta. Ah sudah! Jangan ambil risiko!

Situasi anda(perempuan) hendak ke kedai membeli barang dapur dipekan seorang diri. Kereta dikeluarkan sebelum pagar dikunci. (A) Adakah anda mahu keluar dari kereta untuk mengunci pagar meninggalkan beg tangan tanpa mematikan enjin? Atau (b) bawa bersama beg tangan serta matikan enjin kereta? Jika A adalah pilihan anda, anda memang memberi peluang kepada perompak! Silap hari bulan, dengan kereta dan beg tangan dilarikan lengkap satu pakej!

2. Parkir atau berhenti di tempat yang ramai orang dan bukannya di tempat sunyi.

Ini penting ni, sebagaimana seorang perempuan yang dilarang untuk berjalan sendirian ditempat sunyi, begitu juga dengan seorang perempuan yang memandu kenderaan bersendirian!

3. Jgn tayang barang berharga!

Ya. Jangan SESEKALI menayang barang berharga walau sesaat, walaupun semasa anda berada dalam kenderaan. Samada ditempat duduk, di ruang barang di bahagian tengah kereta atau di mana-mana bahagian yang boleh dilihat dari luar.

Jika anda memandu sendirian, pastikan barang berharga seperti beg tangan anda disembunyikan dari pandangan luar. Lebih baik jika anda letakkannya di kaki anda. Atau boleh juga ditutup dengan bantal supaya tak kelihatan.
Jangan beri peluang kepada peragut atau perompak.

4. Jgn tinggalkan barang berharga didalam kenderaan walaupun di dalam ruang bagasi semasa ketiadaann anda.

Situasi dimana anda membantu rewang saudara anda dan anda berpendapat bahawa simpan beg tangan dan barang berharga di ruang bagasi adalah lebih selamat berbanding ditinggalkan di dalam rumah yang tidak putus-putus diziarahi oleh sanak saudara, jiran dan rakan keluarga pengantin. Mungkin kadar jenayah di kawasan kediaman adalah kurang tetapi apa pun boleh berlaku. 

Ditakdirkan sehingga habes rewang pon anda terlupa mengambil semula barang berharga di ruang bagasi malah kereta dipandu ke pekan untuk membali barang dapur yang tidak cukup. Jika kereta anda dicuri semasa ketiadaan anda ke pasar membeli barang dapur, bukan sahaja kereta dicuri malah dengan beg tangan dan barang berharga satu set diragut dengan senang! Jangan ketawa.... Perkara ini pernah terjadi kepada officemate kin, area damansara. 

5. Jangan beritahu orang sekeliling yang anda menyimpan barang berharga dalam kenderaan anda.

Mungkin anda membawa laptop bersama ketika menaiki kenderaan. Tibanya tengah hari, anda berhenti untuk makan digerai. Anda baru teringat yg anda membawa laptop bersama anda ditempat duduk belakang. Anda sudah melanggar rule 2:jgn tayang barang berharga!

Jadi bagaimana? (a) Anda mahu bawa sekali laptop bersama anda atau (b) simpan ia di ruang bagasi?
Jika anda pilih untuk bawa bersama, anda sudah berjaya mengikut semua rule. Tetapi jika anda memilih untuk simpan di ruang bagasi, anda sudah melanggar rule 5!

Tindakan anda menyimpan barang berharga diruang bagasi sebaik sahaja anda meninggalkan kenderaan anda, secara tak sedar anda sedang beritahu orang sekeliling anda bahawa ada barang berharga diruang bagasi anda! Ingat itu! Diragut secara tidak sedar!

6. bunyikan hon sekiranya seseorang yg mencurigakan cuba menghampiri kenderaan anda.

Janganlah ada seseorang atau nenek tua yang kelihatan tidak berapa kuat berjalan, mencuba untuk menyeimbangkan badannya dengan berpaut sedikit pada kenderaan anda, anda sudah membunyikan hon. Waa, bertimbang rasalah sedikit! First thing pastikan pintu sudah di lock! itu rule 1 yang paling penting! Pastikan individu yang mencurigakan itu. perhatikan baik-baik. Jika memang betul individu tersebut berniat tidak baik, tekan la hon untuk menarik perhatian orang sekeliling supaya mereka dapat membantu. 

Kalau dah terang-terang individu tersebut cuba menyerang kenderaan anda contoh seperti cube memecahkan cermin, tak payah fikir banyak la, tekan je hon tu banyak kali. Banyak kali taw, jangan la skali je takut orang tak perasan pulak.

7. Buku tingkap sekecil yg boleh sekadar dapat mendengar suara individu yg konon mahu bertanya arah atau yang sama maksud dengannya.

Kita tak tahu hati budi orang yang tak dikenali malah membaca fikiran mereka jauh sekali. jikalau gayanya macam penyangak sahaja kita buka tinggap sekadar boleh mendengar suaranya. ini lebih baik daripada berlaku perkara yang diluar jangkaan.





Fikir dahulu sebelum membuat sesuatu perkara! Setiap langkah anda diperhatikan peragut! Haaa.Takut tak?!! Haha.... jadikanlah semua rule diatas sebagai amalan. Kin tak kate dengan mengamalkan rule diatas menjamin keselamatan anda tapi sebagai langkah pencegahan untuk kehidupan yang lebih sejahtera.

0 111 dah komen, awk bila lagi? :

Catat Ulasan

komen dari akaun google plus korang SH boleh baca tapi orang lain xboleh baca. ada problem dgn google+ comment, so tak boleh nak aktifkan,

Sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sendiri. SakinHani tidak akan bertanggunjawab terhadap komen yang ditinggalkan.

SakinHani juga berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini seperti:
>Komen yang disifatkan sebagai spam
>Komen tidak senonoh
>Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
>Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
>Komen yang berbaur perkauman