Selasa, 1 Julai 2014

Movie Review : Code Blue

Luka ditangan boleh diubati tetapi luka dihati?


Dah lama dah kin tengok cerita ini, this was the second time i watch this. one of my favorite japan drama. Sebuah drama yang memberi inspirasi, semangat setia kawan, bantu-membantu dan semestinya berunsur kemanusiaan. Sememangnya cerita jepun dan korea (both are my favorite asian drama) lebih luas skop atau tema ceritanya tidak seperti industri perfileman Malaysia yang begitu terhad. 



CODE BLUE. dari pembacaan kin dari internet, 'code blue' adalah satu terma, digunakan ketika bantuan perubatan yang sangat diperlukan dari mana-mana hospital. Tambah lagi, terma ini selalunya digunakan untuk mengaitkan dengan situasi di mana seseorang mengalami serangan jantung. correct me if im wrong, sbb kin bukan dari line perubatan ye, cuma gadis jurutera sahaja.

Code blue(2008) mengisahkan pengalaman empat orang pelajar praktikal yang bertugas di Shoyo University North Hospital bertindak sebagai doktor pelatih penerbangan. Sifat-sifat keberanian, kekuatan, setia kawan mereka diuji sepanjang mereka bertugas. Pelbagai ragam manusia yang terpaksa mereka hadapi dan pelbagai kes daripada kes kecil seperti keracunan makanan sehingga cederaan serius yang memerlukan mereka memotong anggota badan pesakit untuk menghalang toksik merebak ke seluruh badan.

Ya. bukan senang menjadi seorang doktor dan bukan semua orang dapat melakukannya. Ianya memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta semangat yang tinggi untuk membantu orang lain. Doktor perlu pandai mengawal emosi kerana sentiasa berdepan dengan pelbagai kes, kematian, pesakit serta keluarga pesakit itu sendiri.

Banyak benda kin belajar daripada drama ini. Antaranya :
1. Suhu panas badan manusia menunjukkan manusia itu masih hidup.
2. Doktor bukan tuhan, mereka hanya mampu memanjangkan(prolong) jangka hayat manusia sahaja. 
3. Doktor itu manusia juga punya hati dan perasaan.
4. Doktor juga ada keluarga dan kehidupan masing-masing.
5. Luka ditangan boleh diubati tetapi luka dihati?
6. Tiada doktor yang tidak mengharapkan keajaiban berlaku.
7. Pesakit itu lemah tetapi doktor perlu kuat!
8. Doktor perlu bercakap benar walaupun kenyataan itu sangat menyakitkan.

Tengok cerita ni tetiba teringin nak jadi doktor. Dulu lepas spm tak nak amik course medic sbb takut darah dan malas nak menghafal. hehe.  Syabas Nishiura Masaki dan Hayama Hiroki. Anda berjaya mengetengahkan sebuah cerita yang begitu memberi inspirasi! 5 bintang untuk drama ini. Recommended to watch!

2 ulasan :

  1. Jepun ek? Minat jugak citer doctor2 ni. nnti nk download lah. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah, tgk la citer ni bagus untuk tontonan umum, sesuai sgt klu ditayangkan di tv kita skrg ni! dari dok tgk citer yang sama berulang kali kt tv tu...pfff

      Padam

komen dari akaun google plus korang SH boleh baca tapi orang lain xboleh baca. ada problem dgn google+ comment, so tak boleh nak aktifkan,

Sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sendiri. SakinHani tidak akan bertanggunjawab terhadap komen yang ditinggalkan.

SakinHani juga berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini seperti:
>Komen yang disifatkan sebagai spam
>Komen tidak senonoh
>Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
>Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
>Komen yang berbaur perkauman