Isnin, 25 Ogos 2014

Khidmat tuisyen dirumah pelajar area skudai, tampoi, kempas dan nusajaya


illustrasi tuisyen dirumah diambil dari google.com
Tuisyen dirumah menjadi pilihan dikalangan ibu-bapa dan pelajar hari ini. Oleh kerana disebabkan kelebihan-kelebihannya seperti pelajar dapat sepenuh perhatian daripada cikgu atau tutor, pembelajaran berfokus, serta dapat menentukan masa dan tempat yang diigini iaitu dirumah pelajar itu sendiri!


Tuisyen dirumah pelajar
Banyak kelebihan khidmat tuisyen dirumah yang dah kin sebut diatas tadi. Kelebihan yang paling utama adalah seseorang pelajar akan mendapat sepenuh perhatian daripada cikgu atau tutor. Konsep tuisyen dirumah ini hanya melibatkan seorang guru dan juga seorang pelajar, one-to-one. Ini bermakna seorang guru akan memberikan sepenuh perhatian kepada hanya seorang pelajar. Dengan cara ini, ianya lebih efektif dan membantu proses pembelajaran dan pemahamamn pelajar selain proses pembelajaran di sekolah. 

Tuisyen dirumah sangat membantu pelajar kerana pembelajaran adalah berfokus. Proses pembelajaran disekolah melibatkan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas. Kadang-kala pertanyaan demi pertanyaan daripada rakan sekelas menyebabkan guru tidak dapat melayan semua pertanyaan pelajar. Tetapi, pembelajaran berfokus diaplikasi dalam tuisyen. Ianya membolehkan pelajar bertanya terus kepada guru/tutor akan perkara yang tidak difahaminya.

Tuisyen dirumah juga membolehkan anda menetapkan tempat dan masa dimana tuisyen mahu diadakan. Samaada tuisyen setiap hari untuk subjek penting, atau 3 kali seminggu atau sekali seminggu juga anda boleh menetapkan berapa jam untuk setiap sesi pembelajaran dalam sehari. Semuanya bergantung kepad perbincangan kedua belah pihak, tutor dan ibu bapa pelajar. 

Dan semestinya lokasi tuisyen dirumah pelajar, tempat yang paling selesa dan anda boleh jimat kos minyak kerana guru/tutor yang akan ke rumah pelajar. Ibu bapa juga tidak perlu risau akan dimana keberadaan anaknya kerana anaknya hanya tuisyen dirumah, di depan matanya dan mudah diawasi. Ialah, sekarang kan kita kena berjaga-jaga kerana banyak kes penculikkan budak!


Tuisyen dirumah area skudai, tampoi, kempas, nusajaya
Jika ada ibu bapa diluar sana yang mahukan khidmat tuisyen dirumah area skudai, tampoi, kempas dan nusajaya, boleh hubungi saya di 017-7653358

Tutor:
-Graduan Kejuruteraan Elektrikal (Major Telekommunikasi)
-Experience bekerja setahun lebih sebagai engineer di salah sebuah company telekomunikasi

Subjek:
Tahun 1-6(UPSR) : Matematik, Sains (rm30/jam)
Tingkatan 1-3(PMR) : Matematik, Geografi, Sains (rm35/jam)
Tingkatan 4-5(SPM) : Matematik (rm40/jam)

Cadangan masa (Hari | Masa):
Ahad~Jumaat | 8pagi - 10pagi | 10pagi-12tghari | 2ptg-4ptg | 4ptg-6ptg | 8mlm-10mlm |
Sabtu : dipertimbangkan
*Pilihan kelas : seminggu sekali /  2 kali / 3 kali kelas
*Ikut kesesuaian, jadual masa diatas hanya cadangan.

Area:
Sekitar UTM,Skudai;Kangkar Pulai;Impian Emas; Taman U, mutiara rini, tampoi, kempas, nusajaya....

*Sebulan pertama adalah bulan penilaian, sekiranya ibu bapa merasa tidak mahu meneruskan khidmat tuisyen, ibu bapa hanya perlu membayar 50% sahaja untuk menampung kos minyak tutor.


0 111 dah komen, awk bila lagi? :

Catat Ulasan

komen dari akaun google plus korang SH boleh baca tapi orang lain xboleh baca. ada problem dgn google+ comment, so tak boleh nak aktifkan,

Sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sendiri. SakinHani tidak akan bertanggunjawab terhadap komen yang ditinggalkan.

SakinHani juga berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini seperti:
>Komen yang disifatkan sebagai spam
>Komen tidak senonoh
>Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
>Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
>Komen yang berbaur perkauman