Tip menabung dari kecil sampai tua
Tak susah pon nak menabung ni sebenarnya. Hati nak kene kuat, niat nak simpan duit untuk masa depan! Kena ada matlamat.
Selalunya dompet korang mesti ada duit syiling kan. Kekadang sampai penuh dompet dengan duit syiling. Tak de nya korang shopping bayar dgn duit syilling. Setakat seposen dua tu adalah kan. Jadi korang kumpul syiling tu masuk dalam tabung korang!
Bagi yang dah berkeluarga, duit syiling tu boleh tolak tepi untuk duit belanja anak-anak ke sekolah!
Amalkan menabung dari kecil
SH dulu dari kecil memang dah diajar oleh ayah supaya menabung. Setiap kali selepas raya, ayah tak bagi belanja duit raya yang dapat, ayah kumpulkan dan masukkan dalam tabung haji setiap anak2nya. (ayah dah bukakan akaun tabung haji untuk setiap anaknya dari kecil lagi, tabung haji tidak semestinya bertujuan untuk pergi haji sahaja, kita masih boleh menyimpan untuk tujuan yang lain). Amalkan sampailah ke hari ini. Tapi dah besar tak dapat duit raya dah! =.=
Menabung masa universiti/kerja
contoh nak menabung duit seribu dlm 5 bulan, nak beli handphone android la katekan.- untuk kumpul seribu 5 bulan, sebulan kene kumpul rm200 la kan
- jadi sehari kene simpan rm7 masuk dalam tabung.
- klu yang dah kerja tu tolak rm200 siap2 setiap kali dapat gaji
- ikut kemampuan la, klu xmampu simpan rm200 dlm sebulan. kumpul rm100 sebulan, tp nnt setahun la baru dapat kumpul seribu tu
- senang je kan! simple calculation!
Menabung masa sekolah rendah/menengah
Masa sekolah rendah, kalau tak silap dapat duit belanja rm1 tuk sekolah kebangsaan dan rm1 tuk sekolah agama. Masa tu nasi lemak 50sen dan air sirap 20sen, klu sirap cawan besar sket dlm 30sen dijual kat sekolah kebangsaan. Mihun goreng dalam plastik 50sen dijual kat kantin sekolah agama. Air sama je lebih kurang. So setiap hari ada lebih dalam 40-60sen untuk masuk tabung. Kadang tu teringin gak nak beli jajan dlm 20sen gak keropok bika tak pon keropok super ring. So kekadang dpt la menabung dlm 20-40sen. Paling koman pon simpan 20sen cukup seminggu dah dapat seringgit! Boleh beli pemandam warna-warni (popular mase tuh) atau pemadam bese boleh men lawan pemadam! haha. legend betul!
Menabung sebelum kawen/selepas kawen
Betul-betul sebelum kawen n selepas kawen mesti banyak nak pakai duit kan. Duit hantaran, duit majlis, dah kawen, nak bayar duit sewa rumah, tanggung anak bini makan, keperluan anak lagi.
Jadi kita wajib menabung! Walau ada side income lain pon amalan menabung tak boleh lupe. Takut nanti terguna duit untuk tujuan yang lebih penting. Haru plak nnti!
Ada beberapa idea yang boleh digunakan untuk menabung seperti contoh dibawah ni:
ilustrasi tip menabung diambil dari google.com |
ilustrasi tip menabung diambil dari facebook.com |
Cadangan yang boleh diperaktikkan:
sebelum kawen
- satu akaun untuk beli rumah
- satu akaun untuk hantaran & majlis
- satu akaun untuk emergency/insurans
- satu akaun untuk melancong
selepas kawen
- satu akaun untuk beli rumah
- satu akaun untuk keperluan isteri
- satu akaun untuk keperluan anak/pendidikan anak
- satu akaun untuk emergency/insurance
- satu akaun untuk melancong
Atau boleh juga kita simpan, semuanya dalam satu akaun, sebabnya, klu terkumpul banyak maka dividennya pon banyak! tapi kita buat buku kira-kira sendiri. Setiap tabung satu buku. Setiap bulan kita catit berapa banyak sepatutnya ada dalam tabung sekian sekian. Ikut kesesuaian korang la ye. yang penting amalkan tip menabung!
Selamat mencuba ya!
0 111 dah komen, awk bila lagi? :
Catat Ulasan
komen dari akaun google plus korang SH boleh baca tapi orang lain xboleh baca. ada problem dgn google+ comment, so tak boleh nak aktifkan,
Sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sendiri. SakinHani tidak akan bertanggunjawab terhadap komen yang ditinggalkan.
SakinHani juga berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini seperti:
>Komen yang disifatkan sebagai spam
>Komen tidak senonoh
>Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
>Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
>Komen yang berbaur perkauman