Khamis, 2 Oktober 2014

Minyak naik lagi! hurm..


Pening la minyak RO95 naik lagi. rasa macam baru je tahun lepas naik 20sen, dari RM1.90 naik jadi RM2.10

ilustrasi minyak naik lagi  diambil dari google.com

Malam ni tak de angin tak de ribut tetibe minyak naik lagi 20sen. haiya... cepat-cepat lepas dengar dekat berita ayah terus panggil suh isi minyak penuh2. kete motor sume hangkut p stesen minyak!

sampai-sampai stesen minyak, kereta pon dah berderet penuh. dah la stesen minyak dalam taman. tahu-tahu saja lah stesennya kecik xde la besar mana pon. ada 6 pam je pon. jalan nak masuk ke taman ni pon cuma satu lane sahaja. kereta dah bederet sampai sesakkan jalan utama masuk taman ni.

untung la sape yagn dah taw berita minyak naik awal-awal,tak payah p sesak nak isi minyak, tapi betui ka ada orang tahu aawal, wallahhualam. SH pon tak tahu.

pui. syukurlah sempat juga isi mnyak, lama jugak la tunggu dalam setengah jam ke 40 minit. depa ni pon bagitau la awal-awal. orang ramai pon jadi panik bile minyak naik ni. minyak tu pon bleh tahan satu dua hari je pon. satgi kene pi isi jugak minyak RM2.30 tuh. adui...

p/s; jangan sampai tido malam ni termimpi-mimpi minyak naik sudah! 

8 ulasan :

  1. aduhai...tak lama lagi, semua akan terkesan dengan kenaikan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... kene berjimat ni... xpon cari duit sampingan. apa la naseb....hurmm

      Padam
  2. kena kayuh basikal lerrr agaknya lepas ni.. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. boleh je. tp klu kt tempat berbukit semput ler gamaknya...

      Padam
  3. Jom lah pakat naik basikal.
    Jom simpan duit beli basikal pulak sblm harga basikal pulak melambung.

    BalasPadam
  4. haha. ye tak ye jugak. nnt basikal pon naik harga...

    BalasPadam
  5. yang turun hujan je dik..hari2 Alhamdulillah sejuk bumi Allah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah l kan, hujan je yg turun, yg len sume naik.hurm... *apapuntakboleh

      Padam

komen dari akaun google plus korang SH boleh baca tapi orang lain xboleh baca. ada problem dgn google+ comment, so tak boleh nak aktifkan,

Sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sendiri. SakinHani tidak akan bertanggunjawab terhadap komen yang ditinggalkan.

SakinHani juga berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini seperti:
>Komen yang disifatkan sebagai spam
>Komen tidak senonoh
>Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
>Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
>Komen yang berbaur perkauman