Sabtu, 4 Oktober 2014

Movie Review; Change


again cerita jepun. tak tahulah camne nak cakap tapi citer jepun dan korea ni memang best! ceritanya lebih berkualiti dan sepaptutnya cerita macam ni lah yang keluar di kaca tv kita. ianya penuh dengan pengajaran dan memberi motivasi. sesuai untuk tatapan umum termasuklah belia kita pada hari ini. haters please baca dulu entri ni sampai habes baru komen ye.

CHANGE(2008)

cerita kali ini mengisahkan seorang guru sekolah rendah di daerah tagano, asakura keita. dia bukan seorang yang special, sehariannya hanya mengajar pelajar darjah lima yang  nakal sedikit dan suka menyakat. sehinggalah dia didatangi setiausaha ahli politik kanbayashi dari parti seiyu, miyama. asakura diminta untuk menjadi calon ahli politik menggantikan ayahnya asakura makoto yang juga dari parti seiyu dan ahli parliment, yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan kapal terbang yang dinaikki. 

masalah integriti adalah perkara yg paling dibenci oleh seorang guru

bayangkan seseorang yang tiada pengalaman dalam politik dan hanya memegang title guru sekolah rendah diminta menjadi ahli politik ? tak semua orang berminat nak jadi ahli politik. tambahan pula, ahli politik selalu dikaitkan dengan masalah integriti dan itu adalah perkara yang paling dibenci oleh seorang guru!

parti seiyu tiada pilihan lain selain mencari pengganti asakura makoto demi menyelamatkan kerusi parlimen parti seiyu yang disandang asakura makoto. tiada calon lain yang sesuai menggantikan ayahnya asakura makoto, lalu asakura keita dengan berat hati pada mulanya menyertai pilihan raya. namun ramai yang menyokongnya termasuklah pelajar dan guru disekolahnya. tambahan pula, asakura terkesan dengan kata kata miyama "dont you want to give the children a future filled with hoped?"

asakura keita | change | sakinhani
asakura keita | change | sakinhani
the best part, asakura menang pilihan raya dan berjaya mengambil hati rakyat walaupon ada cubaan menjatuhkannya pada mulanya. kemudian, jepun dikejutkan dengan perletakkan jawatan perdana menteri selepas terlibat dalam satu skandal dan menjejaskan reputasi parti. sekali lagi asakura menyertai  pilihanraya tetapi kali ini pilihanraya umum untuk mengantikan tempat perdana menteri selepas mendapat sokongan daripada kanbayashi, menteri hal ehwal dalam negara dan komunikasi ! 


perdana menteri paling muda dalam sejarah jepun

asakura keita | change | sakinhani
asakura keita | change | sakinhani
sebagai seorang guru sebelum ini, asakura lebih berjiwa rakyat dan ini memikat hati rakyat untuk memilihnya berbanding ahli politik yang lain. 

diluar pengetahuan asakura, kanbayashi sebenarnya hanya berniat menjadikan asakura sebagai patung sahaja demi menaikkan semula populariti parti dan akan mengambil alih pucuk kepimpinan setelah semunya berakhir. namun sangkaan kanbayashi silap apabila asakura betul2 memainkan peranannya sebagai perdana menteri.



bercita cita untuk mengubah kerajaan yang penuh dengan masalah integriti 

asakura keita | change | sakinhani
asakura keita | change | sakinhani
walaupon asakura kurang pengalaman dalam mentadbir kerajaan, dia masih boleh melakukan kerja dengan baik. ini kerana asakura berjiwa rakyat dan bercita cita untuk mengubah kerajaan yang penuh dengan masalah integriti. asakura kerja siang dan malam mempelajari selok belok pentadbiran, teliti setiap perkara sebelum membuat sebarang keputusan dan turun padang sendiri untuk melihat masalah rakyat dengan lebih dekat. beliau dikagumi ramai pekerjanya serta pihak parti yang lain akan semangatnya membantu menyelesaikan masalah rakyat dan negara.

banyak isu yang timbul serta rentetan rancangan kotor kanbayashi untuk menjatuhkan asakura semula. yang pastinya cerita ini sangat sempurna. dimana jika dilihat realitinya, seperti tiada orang yang betul2 berfikiran seperti asakura dalam politik hari ini. bekerja untuk membantu rakyat dan bukannya hanya untuk kepentingan diri sendiri shaja!

cerita ini recommended dan memang sesuai untuk ditonton dikaca tv selain daripada running man.  ianya lebih berkualiti daripada mengulas isu yang sama seperti cinta dan perebutan harta yang kerap kali diulang! pfff. buat cerita yang boleh membina dan memberi inspirasi kepada masyarakat. itu juga salah satu cara kita menyumbang kepada pembinaan generasi akan datang!

kalau anda perasan, pelakon ini yang selalu berlakon dalam cerita yang bagus2 seperti hero dan good luck. kimura takuya pada saya sangat berbakat, lakonan bagus, watak yang dilakonkan sampai message kepada penonton dan memberi kesan dihati. watak sebagai pilot atau juruterbang, persecutor dan ahli politik sumuanya dilakonkan dengan baik. saya akan ulas lebih lanjut dientri lain tentang kimura takuya.

kalaulah watak2 yang dilakonkan olehnya betul2 wujud, saya pasti akan menjadikannya idola!

4 ulasan :

  1. sy lebih suka cerita seram seram jepun.. perhhh nak masuk bilik air pun seram sejuk. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. SH pon suke tgk citer seram, tp kekadang rasa takut tu ada gak la...

      kene tgk tempat gak. klu tgk kat rumah, memang tak takut, sbb kita hari2 dudk kat rumah, feeling bulu roma terangkat x ada.

      tp klu tgk dekat tmpat yg kita xbiasa tgk contoh tgk kt rumah sewa mmg seram....eeee

      Padam
  2. cerita lama ke?...dah lama tak layan cerita jepun...rasanya susah nak nampak kat tv sekarang kan?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah, tahun 2008, kat tv tak banyak, klu ada pon kt tv7.

      ada citer jepun dan korea ni lebih berkualiti dan lebih sesuai ditonton di tv daripada cerita melayu.

      Padam

komen dari akaun google plus korang SH boleh baca tapi orang lain xboleh baca. ada problem dgn google+ comment, so tak boleh nak aktifkan,

Sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sendiri. SakinHani tidak akan bertanggunjawab terhadap komen yang ditinggalkan.

SakinHani juga berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini seperti:
>Komen yang disifatkan sebagai spam
>Komen tidak senonoh
>Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
>Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
>Komen yang berbaur perkauman