Isnin, 17 November 2014

Tips memilih sandal wanita



Pernah tak tonton drama Jepun ‘Hana Yori Dango’? ada satu babak dimana watak model, Shizuka offer kasutnya kepada Geum Jan Di, “Wear nice shoes, and those shoes will take you to nice places”. Ayat tu betul2 charming terasa dihati! Setiap kali shopping kasut akan terbayang babak tersebut dan bertanya pada diri sendiri. “Kasut yang bagus ini akan bawa aku kemana ya?” haha. Sebenarnya bukanlah kasut yang dipakai mempunyai kuasa sakti, tetapi kasut yang bagus akan membuatkan anda berasa cantik dan yakin untuk berada dikhalayak ramai. Dan seterusnya membawa anda ke tempat-tempat yang bagus

Kasut

Apa yang paling penting ialah ianya haruslah selesa! Kasut adalah antara benda yang paling basic yang semua orang harus ada. Walaupun bagi sesetengah tempat kasut begitu dekat dengan budaya namun sebenarnya kalau difikirkan secara logik ianya telah menjadi sebahagian daripada keperluan yang WAJIB ada dalam hidup kita. Mengapa? 

Cuba bayangkan anda keluar dari rumah tidak memakai kasut. Apa akan jadi? Dah tentu tak sampai lima minit anda dah berjengkit-jengkit, berlari semula ke rumah untuk mendapatkan kasut. Mengapa jadi begitu? Sebab kaki anda tidak tahan dengan permukaan keras dan kasar jalanraya juga kerana jalan raya berasa panas untuk dipijak dengan kaki yang tidak beralaskan kasut. Bahkan, ketika anda kecil, ibu akan selalu membebel kalau keluar rumah tidak berkasut!

Fungsi kasut pada asalnya bertujuan melindungi kaki daripada kuman dan kotoran lain. Bagi wanita bukanlah susah untuk mereka mendapatkan kasut kerana di luar sana terdapat banyak pilihan kasut yang boleh dibuat pada masa kini. Pelbagai jenis kasut telah direka bagi memenuhi citarasa setiap orang, samada orang barat, timur atau orang Asia skali pun seperti kasut tumit tinggi, kasut sneakers, kasut ballerina flats dan bermacam-macam lagi. Namun jika anda sudah bosan asyik memakai high heels atau wedges, apa kata anda ubah sedikit habit itu dengan mengenakan sandals. Lagipun, jika anda kerap memakai high heels dan wedges, kaki akan merasa sakit. ‘Relax’kan kaki anda dengan memakai sandals! Percayalah ianya baik untuk kaki anda!

Women sandals sebenarnya teramatlah selesa ketika dipakai sama seperti flip flops ataupun selipar. Modern women sandals diperbuat daripada bahan yang cukup bermutu tinggi dengan teknologi pembuatan kasut yang serba canggih. Ini adalah bagi memastikan anda merasa selesa ketika memakainya. Dengan itu tidak hairanlah mengapa sandals kini telah kembali trending dalam kalangan wanita dan menjadi pilihan mereka walau ke mana sahaja mereka pergi.




Cuba lihat para selebriti terkenal Hollywood di atas seperti Christina Aguilera, Beyonce, Katy Perry dan Selena Gomes. Mereka kelihatan begitu selesa memakai kasut sandals masing-masing. Tidakkah anda mahu kelihatan anggun seperti mereka? Then get your own pair of modern sandals for women hari ini juga!


Tips memilih sandal wanita



Sedikit tips ketika memilih sandal, anda harus cuba dan rasai perbezaan setiap kasut. Kerana surprisingly setiap jenama pasti akan memberikan anda that good feeling ketika memakai kasut wanita yang baik, semuanya bergantung kepada kualiti kasut sandals masing-masing. 

Jadi sekarang anda sudah tahu apakah kasut yang anda wajib dapatkan untuk koleksi kasut anda!

“Wear nice shoes, and those shoes will take you to nice places”



4 ulasan :

komen dari akaun google plus korang SH boleh baca tapi orang lain xboleh baca. ada problem dgn google+ comment, so tak boleh nak aktifkan,

Sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sendiri. SakinHani tidak akan bertanggunjawab terhadap komen yang ditinggalkan.

SakinHani juga berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini seperti:
>Komen yang disifatkan sebagai spam
>Komen tidak senonoh
>Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
>Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
>Komen yang berbaur perkauman