Ahad, 7 Julai 2013

SEMANIS CORNETTO STRAWBERRY [3]





Sedang Fakhri duduk berteleku dilantai di suatu sudut shopping mall, kelihatan Aina termengah-mengah berlari anak sambil memegang sesuatu di kedua belah tangannya. perlahan-lahan Aina menghampiri Fakhri akibat kepenatan berlari tadi.

"Aina!!! Aina pergi mana tadi? Abang risau betul taw, abang call berkali-kali tapi tak berjawab. Puas dah abang tanya orang sekeliling tapi xde sape yang tahu Aina pergi mana! Kalau Aina nak pergi mana-mana bagitahulah pada abang! Abang betul-betul risau dan sayang pada Aina, macam-macam abang fikir tadi..."

"blup...". terkulat-kulat Fakhri dibuatnya, belum sempat menghabiskan kata-kata, sesudu aiskrim telah masuk ke mulutnya.

"nah, abang makan la McFlurry ni dulu, nanti cair plak".  kata Aina tanpa mempedulikan omelan Fakhri.

pic ; google

"Aina!!" . terjerit kecil Fakhri disebabkan aiskrim yang tiba-tiba singgah di dalam mulutnya tanpa diundang.

"Aina lapar sangat tadi, tunggu abang lama sangat. Aina pergilah ke McDonald bersebelah kedai kasut tadi, kebetulan ramai plak orang, kalau Aina keluar baris nanti lagi lambat dapat makan. Nak hantar massage plak hanphone dah kehabisan bateri." Aina memberi penjelasan.

"Aina mintak maaf ye bang", sambil mempamerkan muke comel untuk memujuk sang hati yang sedang kemarahan.

"Boleh, tapi dengan satu syarat", niat di hati ingin mengenakan si Aina Sakinah, isteri tersayang.

"Apa dia?", Aina bertanya sambil menikmati aiskrim yang masih berbaki lagi.

"Abang nak empat orang anak dalam dua tahun", usul Fakhri sambil tersenyum-senyum, menunggu reaksi Aina yang sedang asyik menyuap aiskrim sedari tadi.

"Hah, banyaknya abang! ingat kite ni kilang buat anak express ke? dah la kite kene tanggung sorang-sorang" omel Aina, permintaan yang dirasakan tidak masuk akal.

"Hah, tahu pon! So, Aina kene la jaga diri, janganlah hilang macam tadi tiba-tiba. kalau jadi apa-apa pada Aina, sape nak jaga abang? kalau ada anak ramai ada la jugak teman. Lapar tu kan boleh tahan, lapar dengan abang yang mana satu lagi penting?

"Lapar...", Jawab Aina selamba.

"Aina sayang..." rungut fakhri.

"Haha, ok ok, Aina cakap Aina lapar la, jom la kite pegi makan. Udah-udah la tu, Aina tahu Aina salah. Insyaallah Aina tak buat lagi, Ok!" pujuk Aina.

"Ok jom, mama lapar rupanya ya..." Fakhri berlakon seakan-akan sedang bercakap dengan bayi yang belom ada lagi dalam perut sambil mengusap perut Aina.

"Aish, abang ni mana ada baby lagi da, sabar dulu eh". Mereka berjalan beriringan menuju ke restoran segera Piza Hut di Concourse level sambil berpegangan tangan.

bersambung....

0 111 dah komen, awk bila lagi? :

Catat Ulasan

komen dari akaun google plus korang SH boleh baca tapi orang lain xboleh baca. ada problem dgn google+ comment, so tak boleh nak aktifkan,

Sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sendiri. SakinHani tidak akan bertanggunjawab terhadap komen yang ditinggalkan.

SakinHani juga berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini seperti:
>Komen yang disifatkan sebagai spam
>Komen tidak senonoh
>Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
>Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
>Komen yang berbaur perkauman