Berani sahut cabaran Shell? berpeluang memenangi RM20,000!
Cabaran Shell
Peserta dikehendaki memandu kereta yang disediakan dalam cabaran ini, melalui laluan yang ditetapkan dan pada masa yang telah ditentukan. Cabaran dinilai bukan pada siapa yang sampai terlebih dahulu, tetapi siapa yang telah mengaplikasikan tip-tip penjimatan minyak dari Shell berdasarkan penjimatan minyak mereka disepanjang laluan yang telah ditetapkan. Penjimatan minyak yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang!
Cabaran Shell |
Tip-tip untuk penjimatan minyak berkesan dari Shell
Servise kenderaan
Pam tayar dengan tekanan yang betulTayar dengan tekanan yang betul adalah lebih menjamin pemanduan yang selamat, tayar bertahan lama dan menjimatkan minyak.
Cara & perlakuan ketika pemanduan
Gunakan penghawa dingin dengan berhati-hatiPenghawa dingin memberi tekanan kepada enjin dan menggunakan minyak untuk berfungsi, jadi, kurangkan penggunaanya terutamanya pada cuaca panas, jangan terlalu kuat sehingga berlebihan.
Memandu dengan lancar
Elakkan memecut dan membrek dengan tiba-tiba; dan cuba untuk menetapkan sterang anda sebolehnya.
Elakkan kelajuan tinggi
lebih laju anda pandu kenderaan anda, lebih banyak rintangan kereta anda terpaksa hadapi dan banyak minyak yang akan digunakan untuk menetapkan kelajuan. memandu dengan had laju menjimatkan minyak!
Gunakan kawalan cruise
Menggunakan kawalan cruise pada jalan utama membantu menatapkan kelajuan tetap, dalam kebanyakkan kes, akan memperbaiki penggunaan minyak.
Matikan enjin apabila tidak digunakan
Matikan enjin apabila anda sedang menunggu seseorang sehinggalah anda hendak memulakan kembali perjalanan.
Perjalanan
Elakkan membawa berat berlebihanBerat berlebihan memberi kesan terhadap keberkesanan minyak anda. Keluarkan barang yang tak diperlukan di tempat duduk dan ruang bagasi yang hanya menambah berat kepada kenderaan anda.
Rancang perjalanan dan elakkan waktu sesak
Untuk menjimatkan masa, gabungkan semua destinasi jarak dekat anda kepada satu perjalanan sahaja. Tambahan, perjalanan diluar waktu sesak atau sibuk, menjadikan kenderaan anda kurang menggunakan minyak.
Tanggalkkan rak bumbung
Jika anda tidak menggunkana rak bumbung, tanggalkannya. Ia memberi kesan terhadap keberkesanan aerodynamic kenderaan anda dan mencipta seretan, menurunkan penjimatan minyak.
Klik SINI untuk keterangan lanjut mengenai cabaran ini! #ShellFSC
0 111 dah komen, awk bila lagi? :
Catat Ulasan
komen dari akaun google plus korang SH boleh baca tapi orang lain xboleh baca. ada problem dgn google+ comment, so tak boleh nak aktifkan,
Sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sendiri. SakinHani tidak akan bertanggunjawab terhadap komen yang ditinggalkan.
SakinHani juga berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini seperti:
>Komen yang disifatkan sebagai spam
>Komen tidak senonoh
>Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
>Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
>Komen yang berbaur perkauman