Tip belajar berkesan
Salam, malam ni kita layan tip-tip belajar berkesan la memandangkan tengah musim exam UPSR yang kene tangguh tu.... sabar lah ye...
Belajar dengan cara yang berkesan
Setiap kali selepas habes belajar sesuatu tajuk dalam sesuatu subjek, pastikan adik-adik buat nota ringkas supaya senang kita nak rujuk kembali. Tapi sebelum itu:
- ulangkaji pelajaran: baca semula dan fahamkan betul-betul
- buat latihan: selalunya setiap buku rujukan ada disediakan latihan pemahaman diakhir bab
- tanya pada cikgu tentang perkara yang tidak difahami
- buat nota ringkas
Kenapa kita perlu ulangkaji dulu sebelum buat nota ringkas?
Kalau kita salin je tapi tak fahamkan dulu, macam mana kita nak tahu point tu penting atau tak? Kalau kita salin je semua bukanlah namanya nota ringkas. betul tak?
Jadi penting kita buat ulangkaji, latihan, tanya cikgu seterusnya barulah kita buat nota ringkas!
Nota ringkas
Apa yang dikatakan nota ringkas? kene ada ayat panjang ke ayat pendek? kalau pendek berapa patah perkataan?
Ok, mula-mula skali saya nak tanya. Siapa yang akan baca nota ringkas adik-adik? cikgu? kawan? Adik yang nak belajar la, mestilah adik-adik yang nak baca nota ringkas tu kan?
Adik-adik suke bilik adik-adik dalam keadaan yang bagaimana? Saya suke bilik yang bersih, teratur, kemas, bila barang semua teratur senang nak cari barang. Kalau ada duit sket cat dinding warna yang saya suke. Rasa best je masuk bilik, tenang rasa macam nak tidur je bile masuk bilik. haha. ops!
Macam tu juga lah buat nota ringkas! kita sendiri yang nak baca nota tu, jadi kita buat la sekemas dan secantik yang boleh supaya senang dibaca, baca tulisan jelas, dari jauh boleh nampak point penting, dan baca nota tak jadi mengantuk!
Bagaimana buat nota ringkas?
Setelah kita buat ulangkaji dan 4 cara belajar berkesan tadi, adik-adik dah tahu mana maklumat penting yang perlu catat dalam nota ringkas. Sekarang keluarkan semuanya maklumat penting tu dalam nota ringkas. Kemudian adik-adik perlu:
- highlight kata kunci; macam yang saya buat di atas, saya highlightkan kata kunci ulangkaji , latihan, tanya dan ringkas. Adik-adik boleh highlight dengan marker highlight ya. Kata kunci sudah cukup untuk membayangkan maksud sesuatu ayat.
Adik-adik juga boleh buat peta minda dan bonusnya peta minda bergambar! Cuba lihat contoh-contoh peta minda dari google.com dibawah ini. Menarik? Baru seronok nak baca!
Try buat doodle atau lukis kartun mudah, untuk memudahkan kita mengingati sesuatu perkara.
0 111 dah komen, awk bila lagi? :
Catat Ulasan
komen dari akaun google plus korang SH boleh baca tapi orang lain xboleh baca. ada problem dgn google+ comment, so tak boleh nak aktifkan,
Sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sendiri. SakinHani tidak akan bertanggunjawab terhadap komen yang ditinggalkan.
SakinHani juga berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini seperti:
>Komen yang disifatkan sebagai spam
>Komen tidak senonoh
>Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
>Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
>Komen yang berbaur perkauman